Bloggers, Click Here

Ahad, 7 Jun 2015

Kerana aku seorang Autisme & Disleksia

Assalamualaikum guys and girls,


Selalunya orang jarang tahu tentang kisah silam aku ni. Sebab aku tiada keyakinan untuk menceritakannya (*berbisik dan aku kurang mempercayai orang tau )

Tapi alhamdulillah kerana aku diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk menceritakan siapa diri aku yang sebenarnya. Berkat dorongan kawan-kawan aku yang boleh dikatakan 3 dalam 1000 orang sebenarnya. Dalam 3 orang kawan aku tu lah aku ceritakan pengalaman semasa disahkan menghidapi disleksia.








Disleksia ni bukannya penyakit. Tetapi ianya adalah satu gangguan di mana penghidapnya mempunyai masalah dalam pembelajaran. Antaranya ialah kesukaran menulis,membaca,mengira dan bercakap dengan baik. 


Autisme pula ialah gangguan dalam interaksi sosial,perhubungan dan komunikasi. Sikap mereka lebih pelik berbanding budak normal kerana mereka suka bermain sendiri, tidak pandai berkawan, tidak sukakan perubahan secara drastik, tiada hubungan mata, dan tidak bermain olok-olok tanpa menghiraukan keselamatan diri.


Waktu aku tadika dulu, aku memang ada kawan. Tapi aku ni kan jenis tak pandai berkawan sangat. Suka sangat main seorang-seorang. Walaupun dah 5 tahun,aku masih pakai pampers lagi. Waktu tu aku tak reti gunakan tandas. Kalau tak pakai tandas pun,mesti terkencing dalam seluar punyalah. Malu sangat nak cakap kat cikgu. Satu kelas aku gelakkan aku sambill ramai tak mahu nak berkawan dengan aku sebab dilabel budak bodoh. Bukan setakat tu je,akademik aku pun sama juga. Selalu kena denda sebab tak siapkan kerja sekolah. Pernah kot aku hilang sewaktu aku pergi kejohanan balapan dulu. Aku merayau satu sekolah semata-mata nak hilangkan bosan.

Bila aku masuk 6 tahun,aku pindah PD. Masalah sama masih lagi tak habis. Buang air besar dalam seluar dah biasa. Sampai menangis-nangis kot. Bila aku masuk tahun 3, aku dah matanglah sikit. Aku buat betul-betul dalam pelajaran dan alhamdulillah aku top 10 dalam kelas. Cikgu pun terkejut gila tengok aku, yalah daripada budak yang tak pandai mengurus diri tetiba dapat ranking top 10 dalam kelas.

Tahun 4 aku masuk kelas kedua. Tapi aku tak dapat menonjol sangat sebab cikgu waktu tu garang betul. Pernah juga aku dihalau dari kelas aku sendiri dan disuruh menumpang dalam kelas paling hujung selama sebulan. Tahun 6 pun sama juga kes nya. Sampaikan mak aku pun rasa baik aku tak pergi kelas aku tu. Sebab aku dulu nerd. Semuanya mak aku uruskan. Aku mana reti buat sendiri. Aku gosok baju sendiri waktu aku form 1. Form 1 sampai Form 3, aku dah mula tunjuk belang. Baik akademik mahupun koko, semuanya aku sapu. Alhamdulillah aku dalam ranking top 50 dalam 100 lebih. Aku pun muka happy betullah.

Kemudian aku pindah KV selepas PMR, aku dah mulalah faham keadaan dunia sebenar. Dalam dunia jarang ada orang yang baik 100%. Baik pengawas mahupun AJK surau, dalam tandas berkepul-kepul asap keluar. Macam orang bakar sampah dalam tandas. First study memanglah parah. Sampaikan cikgu labelkan aku ni sebagai budak pemalas,tiada harapan dan sebagainya. Tapi alhamdulillah,aku berjaya buktikan pada cikgu-cikgu yang aku bukannya tak boleh diharap langsung.

moral of the story : IQ budak autisme dan disleksia ni tinggi. Cuma mereka ada cara sendiri untuk menunjukkannya. Malahan IQ mereka lebih tinggi berbanding budak normal.

Jumaat, 5 Jun 2015

Ciri-ciri lelaki idaman



Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysiaaaaa..!!!!



Entry kali ni sebenarnya aku kutip daripada beberapa blogger lain (especially perempuan), maklumlah bosan-bosan kan. Tapi ini pun ikut aku punya observation lah jugak. Yang jadi 'tikus makmal' nya ialah aku sendiri dan beberapa kawan lain (lelaki kesemuanya), dan jangan mengamuk kat aku kalau observation aku ni tidak menepati kehendak dan citarasa pembaca. Baiklah ini dia,


Selain daripada handsome macam Humood Al Khuder (aku cemburu)


1.  lelaki yang sporting

  Adakah ianya benar? Wallahualam. So far ada juga beberapa pengakuan daripada kawan-kawan aku yang perempuan ni. Jika dibandingkan dengan lelaki yang control macho 24 jam, mereka lagi suka yang kelakar. Kerana apabila seseorang lelaki itu boleh melawak tahap MLM, atau mengarut tahap Karoot Komedia X, yang perempuan akan ketawa terbahak-bahak sehingga lupa akan kesedihan dan masalah yang dialami. Tapi mestilah kena pada tempatnya ya. Dalam perang pun nak melawak tu parahlah. Dan bila merajuk, sanggup beri bunga kepada si perempuan. (Wuish haha)


2.  lelaki yang merendah diri dan sopan

  Kalau lelaki suka perempuan yang sopan, perempuan pun suka lelaki yang sopan juga. Ini menunjukkan bahawa si perempuan merasakan dirinya dihargai. Kerana perempuan ni kan umpama seorang puteri. Jadi kalau si lelaki membuat sesuatu yang tak senonoh, mereka akan cuba meminta maaf dan membuatkan si perempuan tersenyum kembali. ( So sawit  >.< )


3.  Lelaki yang diam-diam ubi berisi

  Boleh dikatakan lelaki yang tak banyak cakap benda yang tak penting lebih menawan (tu kawan cakap). Kerana pada luarannya mereka dilihat sebagai orang yang tak boleh melakukan apa-apa. Tapi bila anugerah kecemerlangan contohnya, nama dia first dalam ranking sekolah. Pelajar cemerlang. Mahu terkejut monyet beruk gorila semua. Lelaki pendiam ni nampak misteri tau. Yang perempuan akan sedaya upaya untuk mengetahui lagi personaliti orang ni (kalau hati dah berkenan la)


4.  lelaki yang memakai baju melayu lengkap @ tak lengkap

  Fenomena lelaki pakai baju melayu ni kita boleh lihat waktu pergi solat jumaat je. Berduyun-duyun lelaki baik yang tua mahupun yang muda.




Hensem kot artis kita pakai baju melayu (Dah macam kompeni PLKN aku pula)

Kalau yang tak lengkap pun perempuan masih pandang juga. Lagi-lagi yang lelaki pakai baju melayu,kain pelikat dan bersongkok @ berkopiah. Pergi kedai makan, konpom ada perempuan yang tergoda. Kalau bertuah tu, kena snap gambar senyap-senyap dan mulalah si perempuan berangan nak ada suami macam ni. (HAHAHA)


5.  Lelaki yang aktif bersukan

  Ikut pemerhatian aku la, kebanyakannya suka lelaki yang bersukan (terutamanya aktiviti yang membina badan macam main bar, parkour, seni bela diri). Orang putih selalu berkata, 'Every beauty needs a beast', tapi majoriti orang sawo matang kata, 'every beauty needs love', Wallahualam. Citarasa orang berbeza kan. Tapi yang penting,bersukan lah. Ianya menyihatkan badan supaya anda kekal cergas dan cerdas. 


6.  Lelaki yang tak menghisap rokok,shisha,minum air ketum dan sebagainya

  Aku rasa ni semua perempuan setuju kot sambil mengangkat sepanduk 'No Smoking'. Kerana bagi mereka, lelaki merokok langsung tak cool. Asap rokok yang membunuh sel badan secara senyap, bau rokok yang boleh membuatkan orang lain tak tahan, sehinggakan ramai jadi passive smokers. Amatlah tak cool. (Aku dulu pun macam ni juga. Bila diorang tahu yang aku ni smoker,terus diorang kasi warning kat aku cakap 'boleh janji tak, janji jangan merokok lagi di masa akan datang'. And congratulations to myself. Aku dah tak merokok lagi dah) =)


7.  Lelaki yang pakai baju kemeja 

  Pernah jugalah sewaktu first day aku sebagai form 6, lepak ramai-ramai kat balai info. Sedang kitorang syok cerita pasal pengalaman kitorang, seorang junior form 4 tak silap g cakap 'abang ni hensem la', ok time tu gelabah gila kot. (Sebenarnya dia tunjukkan kat seorang kawan aku je. Kitorang lepak berlima). 
  
   Jadi boleh gambarkan bahawa lelaki yang pakai baju kemeja ni tampak lebih segak. Daripada pakai baju t shirt tengkorak, ataupun bahagian ketiak koyak ,  baik tampilkan kekemasan sikit. Tanggapan pertama datang daripada gaya pemakaian kita. Kalau kemas, dia seorang yang kacak. Kalau sebaliknya, malas nak cerita. Faham-fahamlah. Ada juga terpandang status seorang perempuan di Facebook. Katanya 'abang baju kemeja hijau kotak2, saya melting'. See?


8.  Lelaki yang mahir ilmu seni bela diri

  Ni aku sebenarnya tak tahulah sangat sebab tiada jawapan yang jelas dari responden. Yang aku tahu,perempuan yang rasa dirinya perlu dilindungi ni memang nakkan lelaki dia ada tali pinggang hitam. 



   

  Kelebihan lelaki yang pandai seni bela diri ialah mereka akan pastikan yang orang yang mereka lindungi tidak diapa-apakan oleh musuh (Don't try this at home)


Lebih baik pi belajar seni bela diri kan. Takut apa-apa jadi


9. Lelaki yang pandai azan / pandai main alat muzik atau kedua-duanya

  Hipotesis aku ni disokong 100% oleh responden. Lelaki yang pandai azan sebenarnya mampu menggetarkan jiwa ramai kaum-kaum hawa. Ditambah pula dengan ilmu agama yang tinggi, baca al quran pun merdu, jadi imam solat pun bagus. Ini membuktikan bahawa lelaki tersebut boleh jadi calon suami kot.




Siapa tak kenal Fatih Seferagic. Hafiz Al Quran yang duduk di USA. Suara merdu woo. Aku nak berguru dengan kau wahai Fatih (dia dah kahwin ya. maaf)



 Kalau yang pandai main alat muzik tu, boleh la set2 lagu jiwang yang boleh mencairkan hati tulang rusuk kiri tu. Ramai juga perempuan simpan impian nak minta lelaki nyanyikan dan mainkan alat muzik untuk mereka (tbh, aku pernah jadi imam surau PLKN.. Sampaikan satu kem gelarkan aku Imam Charlie termasuk Komandan. Kursus kepimpinan aku jadi bilal dan imam. Jadi sejujurnya aku tak mampu sokong hipotesis ni. Kerana hipotesis ni membuatkan aku rasa nama aku dalam list calon suami orang. *muka perasan )



Setakat ni,itu sahaja apa yang aku dapat share dengan semua lah. Jadi yang lelaki ni,pakat-pakatlah jadi macam apa yang aku list tadi. Okay bro and sis.. No hard feeling tau.. Imam Charlie tu cuma nama.. DIULANGI, cuma nama. XD




Khamis, 4 Jun 2015

Hidup tak bermakna?

Assalamualaikum,



Pernah tak terfikir, kadang kala kita rasakan diri kita ni macam tak berguna. Apa tujuan kita hidup kat dunia ni ek? Kalau sekadar kita nak menyakiti hati orang lain, baik kita masuk dalam liang lahad saja kan? Kenapa kita diciptakan untuk menjadi manusia? Kenapa tak mahu jadi malaikat ke,jin ke atau selain daripada itu. Hidup kita ni cuma nak menyusahkan orang saja.


Pernah kan? Bohonglah kalau tak pernah terfikir macam tu. Ini kerana kita langsung tak memahami apa yang kita nak atau apa kita nak jadi. Kita terlalu merendah diri di hadapan orang yang lebih baik daripada kita, sedangkan kita sama sahaja dengan mereka. Bakat kita yang dianugerahkan Allah langsung kita tak gilap sebaik-baiknya.


Aku pernah jugalah merasakan bahawa aku ambil form 6 sebab apa. Sedangkan aku dulu sekolah vokasional, dalam ranking 5A SPM..Majoriti classmates aku ada yang masuk U, aku seorang saja form 6. Aku pun merasakan aku depressed gila kot. Mohon UPU tak dapat. Abah pun suruh aku masuk form 6 dulu,jadi aku masuklah. Taklah rasa macam tunggul sangat sebab sekolah lama kan.

Selang tu, cikgu ada cakap kat semua pelajar form 6, 'Kamu semua beruntung sebab kamu boleh jimatkan masa untuk menyambung pelajaran. Kalau kamu ambil diploma, akan ambil masa 4 tahun untuk graduate tapi kamu hanya 1 tahun setengah sahaja. Kalau kamu nak kerja sekalipun, sijil STPM kamu laku dan dikira setaraf diploma', Ok waktu tu aku rasa semangatlah sikit nak sambung belajar. Dan aku berjaya membuktikan kata-kata cikgu itu benar walaupun aku baru sahaja habis sem 2.

Ok bukan nak promote form 6 sebenarnya. Kita kena yakin bahawa apa yang kita pilih itu bukanlah sesuatu yang sia-sia. Lagipun aku ambil STPM dan difahamkan STPM adalah exam ke-3 paling susah di dunia selepas Edinburgh (betul ke aku eja tu) dan Harvard. Sebab itulah rata-rata yang ambil STPM ni jarang dapat 4 flat. (Ok aku promote form 6 lagi)

Allah jadikan kita ni mesti ada hikmahnya. Mungkin kita bakal menjadi Perdana Menteri (Isteri Perdana Menteri), Sultan, Setiausaha Agung PBB, usahawan korporat macam Starbucks,MacDonald dan lain-lain. Atau paling rendah pun,kita boleh mencatat nama dalam sejarah sebagai seorang pejuang yang gugur di medan perang. Kalau kita jadi tahi pun,jadilah tahi yang boleh menyuburkan tanaman. Siapa tahu kan. Man Jadda Wa Jadda.


Kesimpulan daripada cerita ini ialah, hidup kita sebenarnya bermakna. Kita tak perlu bazirkan hidup kita pada arak,judi,zina dan perkara-perkara yang merosakkan diri kita. Kau tak perlu nak kisahkan apa yang orang kata. Bukannya mereka yang taja segala impian kau, mereka cuma nak kau duduk sambil membina impian tanpa membuat apa-apa.

Whatever Allah give tu us, just smile and qana'ah (bersyukurlah dengan apa yang ada)  ^_^