Bloggers, Click Here

Khamis, 4 Jun 2015

Hidup tak bermakna?

Assalamualaikum,



Pernah tak terfikir, kadang kala kita rasakan diri kita ni macam tak berguna. Apa tujuan kita hidup kat dunia ni ek? Kalau sekadar kita nak menyakiti hati orang lain, baik kita masuk dalam liang lahad saja kan? Kenapa kita diciptakan untuk menjadi manusia? Kenapa tak mahu jadi malaikat ke,jin ke atau selain daripada itu. Hidup kita ni cuma nak menyusahkan orang saja.


Pernah kan? Bohonglah kalau tak pernah terfikir macam tu. Ini kerana kita langsung tak memahami apa yang kita nak atau apa kita nak jadi. Kita terlalu merendah diri di hadapan orang yang lebih baik daripada kita, sedangkan kita sama sahaja dengan mereka. Bakat kita yang dianugerahkan Allah langsung kita tak gilap sebaik-baiknya.


Aku pernah jugalah merasakan bahawa aku ambil form 6 sebab apa. Sedangkan aku dulu sekolah vokasional, dalam ranking 5A SPM..Majoriti classmates aku ada yang masuk U, aku seorang saja form 6. Aku pun merasakan aku depressed gila kot. Mohon UPU tak dapat. Abah pun suruh aku masuk form 6 dulu,jadi aku masuklah. Taklah rasa macam tunggul sangat sebab sekolah lama kan.

Selang tu, cikgu ada cakap kat semua pelajar form 6, 'Kamu semua beruntung sebab kamu boleh jimatkan masa untuk menyambung pelajaran. Kalau kamu ambil diploma, akan ambil masa 4 tahun untuk graduate tapi kamu hanya 1 tahun setengah sahaja. Kalau kamu nak kerja sekalipun, sijil STPM kamu laku dan dikira setaraf diploma', Ok waktu tu aku rasa semangatlah sikit nak sambung belajar. Dan aku berjaya membuktikan kata-kata cikgu itu benar walaupun aku baru sahaja habis sem 2.

Ok bukan nak promote form 6 sebenarnya. Kita kena yakin bahawa apa yang kita pilih itu bukanlah sesuatu yang sia-sia. Lagipun aku ambil STPM dan difahamkan STPM adalah exam ke-3 paling susah di dunia selepas Edinburgh (betul ke aku eja tu) dan Harvard. Sebab itulah rata-rata yang ambil STPM ni jarang dapat 4 flat. (Ok aku promote form 6 lagi)

Allah jadikan kita ni mesti ada hikmahnya. Mungkin kita bakal menjadi Perdana Menteri (Isteri Perdana Menteri), Sultan, Setiausaha Agung PBB, usahawan korporat macam Starbucks,MacDonald dan lain-lain. Atau paling rendah pun,kita boleh mencatat nama dalam sejarah sebagai seorang pejuang yang gugur di medan perang. Kalau kita jadi tahi pun,jadilah tahi yang boleh menyuburkan tanaman. Siapa tahu kan. Man Jadda Wa Jadda.


Kesimpulan daripada cerita ini ialah, hidup kita sebenarnya bermakna. Kita tak perlu bazirkan hidup kita pada arak,judi,zina dan perkara-perkara yang merosakkan diri kita. Kau tak perlu nak kisahkan apa yang orang kata. Bukannya mereka yang taja segala impian kau, mereka cuma nak kau duduk sambil membina impian tanpa membuat apa-apa.

Whatever Allah give tu us, just smile and qana'ah (bersyukurlah dengan apa yang ada)  ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan