Bloggers, Click Here

Ahad, 7 Jun 2015

Kerana aku seorang Autisme & Disleksia

Assalamualaikum guys and girls,


Selalunya orang jarang tahu tentang kisah silam aku ni. Sebab aku tiada keyakinan untuk menceritakannya (*berbisik dan aku kurang mempercayai orang tau )

Tapi alhamdulillah kerana aku diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk menceritakan siapa diri aku yang sebenarnya. Berkat dorongan kawan-kawan aku yang boleh dikatakan 3 dalam 1000 orang sebenarnya. Dalam 3 orang kawan aku tu lah aku ceritakan pengalaman semasa disahkan menghidapi disleksia.








Disleksia ni bukannya penyakit. Tetapi ianya adalah satu gangguan di mana penghidapnya mempunyai masalah dalam pembelajaran. Antaranya ialah kesukaran menulis,membaca,mengira dan bercakap dengan baik. 


Autisme pula ialah gangguan dalam interaksi sosial,perhubungan dan komunikasi. Sikap mereka lebih pelik berbanding budak normal kerana mereka suka bermain sendiri, tidak pandai berkawan, tidak sukakan perubahan secara drastik, tiada hubungan mata, dan tidak bermain olok-olok tanpa menghiraukan keselamatan diri.


Waktu aku tadika dulu, aku memang ada kawan. Tapi aku ni kan jenis tak pandai berkawan sangat. Suka sangat main seorang-seorang. Walaupun dah 5 tahun,aku masih pakai pampers lagi. Waktu tu aku tak reti gunakan tandas. Kalau tak pakai tandas pun,mesti terkencing dalam seluar punyalah. Malu sangat nak cakap kat cikgu. Satu kelas aku gelakkan aku sambill ramai tak mahu nak berkawan dengan aku sebab dilabel budak bodoh. Bukan setakat tu je,akademik aku pun sama juga. Selalu kena denda sebab tak siapkan kerja sekolah. Pernah kot aku hilang sewaktu aku pergi kejohanan balapan dulu. Aku merayau satu sekolah semata-mata nak hilangkan bosan.

Bila aku masuk 6 tahun,aku pindah PD. Masalah sama masih lagi tak habis. Buang air besar dalam seluar dah biasa. Sampai menangis-nangis kot. Bila aku masuk tahun 3, aku dah matanglah sikit. Aku buat betul-betul dalam pelajaran dan alhamdulillah aku top 10 dalam kelas. Cikgu pun terkejut gila tengok aku, yalah daripada budak yang tak pandai mengurus diri tetiba dapat ranking top 10 dalam kelas.

Tahun 4 aku masuk kelas kedua. Tapi aku tak dapat menonjol sangat sebab cikgu waktu tu garang betul. Pernah juga aku dihalau dari kelas aku sendiri dan disuruh menumpang dalam kelas paling hujung selama sebulan. Tahun 6 pun sama juga kes nya. Sampaikan mak aku pun rasa baik aku tak pergi kelas aku tu. Sebab aku dulu nerd. Semuanya mak aku uruskan. Aku mana reti buat sendiri. Aku gosok baju sendiri waktu aku form 1. Form 1 sampai Form 3, aku dah mula tunjuk belang. Baik akademik mahupun koko, semuanya aku sapu. Alhamdulillah aku dalam ranking top 50 dalam 100 lebih. Aku pun muka happy betullah.

Kemudian aku pindah KV selepas PMR, aku dah mulalah faham keadaan dunia sebenar. Dalam dunia jarang ada orang yang baik 100%. Baik pengawas mahupun AJK surau, dalam tandas berkepul-kepul asap keluar. Macam orang bakar sampah dalam tandas. First study memanglah parah. Sampaikan cikgu labelkan aku ni sebagai budak pemalas,tiada harapan dan sebagainya. Tapi alhamdulillah,aku berjaya buktikan pada cikgu-cikgu yang aku bukannya tak boleh diharap langsung.

moral of the story : IQ budak autisme dan disleksia ni tinggi. Cuma mereka ada cara sendiri untuk menunjukkannya. Malahan IQ mereka lebih tinggi berbanding budak normal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan